Friday, April 06, 2012

Love at the First Sight (26 January 2012)


    Pertama kali kau menjejakkan kakimu di bumi MMP , hatiku terpaut melihat kelibatmu. Dikau duduk dengan penuh tatasusila. Setelah selesai saudari pengerusi majlis menyampaikan kata-2 aluan , maka tibalah giliranmu mengalunkan qasidah dalam bahasa syurga. Dikau berdiri dengan segaknya di atas pentas disebalik mimbar, di hapan pelajar-2 bertudung labuh, pelajar-2 MMP.

    Subhanallah. Sekali lagi hatiku terpaut dek kerana suaramu yang begitu indah. Berkali-2 ku katakan betapa indahnya alunan qasidah yang dibaca olehmu kepada sahabatku, Najihah & Atira. Itu cuma bermaksud aku tertarik kepadamu. Tamat sudah qasidah yang dikau baca. Mata keranjangku terus memandang ke arahmu tanpa henti. Sahabat tidak perasan sama sekali. Engkau begitu menjaga pandangan matamu. Hanya sekali dua sahaja dikau mengangkat kepala dek kerana jenuh melihat lantai kosong yang berhabuk.

    Entah apa yang dikatakan oleh ustaz, semua pelajar tergelak. Dikau turut tergelak sama. Engkau ketawa dengan menutupi mulutmu dengan kain serban yang diletekkan di atas bahumu. Aku terkilan hatta sedikit kagum. Apa tidaknya, sedangkan aku yang perempuan in pun kadang-2 sahaja menutup mulutku apabila ketawa. Tingkah laku itu masih ku ingati sehingga sekarang. Sesi ceramah kemudiannya berjalan seperti biasa.

    Kedengaran perkataan 'Maahad Muhammadi Lelaki' terpacul keluar daripada mulut ustaz. Semua pelajar perempuan bersorak. Namun, aku cuma mengerutkan dahiku menandakan aku tidak faham dengan apa yang disorakkan. Mataku terpandang ke arahmu. Dikau tersenyum. Hatiku turut berbunga riang (HAHA). Mataku terus memandang ke arahmu sehingga tamatnya majlis. Keruh hatiku melihat dikau berjalan menuruni anak tangga. Itu cuma bermaksud keberangkatanmu untuk pulang. Aku redha.

    Sebelum aku mengakhiri nukilan aku yang tidak seberapa ini, ingin aku nyatakan pakaian apakah yang dipakainya pada malam itu. Berkopiah putih, berjubah putih dan kain serban diletakkan di bahu. Itulah pakaiannya. Sejak daripada pertemuan jarak jauh pada malam itu, hatiku tergugat melihat hamba Allah yang lain mengenakan jubah putih. Bukan apa, mindaku direct teringatkanmu.

    Apakan daya. Aku cuma hamba Allah yang kerdil, lemah dan hina dihadapan-Nya. Kita sebagai makhluk ciptaan-Nya hanya mampu merancang. Sekuat mana pun kita tahan perasaan kepada lelaki lain. Setia mana pun kita menunggu. Itu tidak bermaksud dia pemilik tulang rusuk kita. Namun, Dia yang Maha Agung lagi Bijaksana yang menentukan segala-galanya. Apa-2 pun, semoga engkau sentiasa berada di bawah payungan rahmat Ilahi. AMEEN. Tabarakallah, ya akhi.

    Insya-Allah aku akan nukilkan bahagian kedua tentang teruna idamanku ini walaupun aku tahu bahawa aku cuma bertepuk sebelah tangan. Nampak sahaja panjang coretanku ini di alam maya. Namun, situasinya di alam realiti amatlah singkat masanya. Mungkin nukilanku ini kelihatan seperti menggatal. Namun, insya-Allah aku sukakan dia atas jalan dakwah. Yalah, dia budak baik. Sehingga bertemu kembali, ASSALAMUA'LAIKUM (^_^)

1 comment:

  1. nk oyak ko KP eh...bia dio bco..nk mesej dio link blog afni..tau doh facebook dio nmo gpo..muaahahaa...

    ReplyDelete

Leave a pleasure comment