Thursday, April 26, 2012

The Best Usrah Ever


Outrageous, right ? Nevermind . Why usrah , why ? HAHA . Usrah tu kelmarin . Aku share sebab aku rasa usrah kelmarin memang best gilerr . Memang la xde sesi gelak ketawa yang terbahak-bahak . Tapi ... Ishhh , susah la nk describe by words . Okay-2 , aku cerita apa yang termampu je la (^_^)

  Kelmarin , hanya ade dua orang ahli usrah aku , include me . Naqibat pun sorang je . Kak Suha x datang , ade kerja nk dibuat rasanye . So , kitaorang pun duduk la . Tunggu punye tunggu , memang sah tiga orang ni je yg hadir . At first, Kak Tasya tanye nk gabung ngan group lain atau tak . Aku jawab , suka hati akak la ~
And then , Kak Tasya pun cakap , "x payah la . Nanti kena dengar akak naqibat lain bagi tazkirah . Akak tak nak , nanti akak x leh cakap apa-2 pun" . HAHA , akak memang arr ~

  Thumma , lepas buka majlis , akak minta aku and Hafini bagi tazkirah . Aku tersengih je . So, Kak Tasya bagi tajuk utk kitaorang buat tazkirah ringkas . Nak tau tajuk apa yang akak tu bagi  ? Hafini tajuk sekolah , aku tajuk kasut . HAHA , mengarut betul akak tu ~ And then , aku cakap kt Kak Tasya , "Ha akak , saya ada satu cerita/tazkirah" . So, bla bla bla bla . . . . Pokoknya, hari tu memang aku banyak cakap jugak arr dalam sesi usrah .

  The point is, aku memang suka ahli sikit-2 ni . Nk cakap macam mana erk , macam kita boleh jadi rapat jugak la dgn akak naqibat . So, the others, korang xyah datang pun xpe nanti usrah akan datang. HAHA , jahat betul aku ni . Diorang x datang sebab ada kelas tambahan . Jadi mereka utamakan extra class dulu la ~ Tapi memang ada la sorang makhluk Tuhan yg ponteng usrah ni .

  Back to the story , selesai je usrah, dalam perjalanan menuju ke kelas yg x berapa ku sayang , 2K3 , aku senyum sendirian. Ye la , like an idiot la katakan . Masuk je kelas tu , I was like "Eeee , geramnya aku . . Best gilerr usrah hari ni . Aku bagi tazkirah ringkas . Ada harapan jadi naqibat tahun depan ni (w/pun cakap tersekat-sekat)" . Shatul hanya tersenyum . Kawan-2 aku yang lain pun cakap usrah semalam memang best . Macam-2 aktiviti diorang buat :) Usrah ! Usrah ! Usrah !

p/s : I'm not sure whether you understand what I'm trying to tell , but , buat-2 faham je la . Kan aku dah cakap , susah nk describe by words . Anyway , usrah MMP JJANG !! Cehh , bakal naqibat la katakan . Oppss , tu x sure lagi, okay ? Kak Tasya the best , kalau bab-2 tazkirah ni , x tersekat sedikit pun percakapan dia . Kak Suha baik je , cuma dia x banyak cakap sgt (^_^)

Tuesday, April 24, 2012

The Best Love :)

The Best Love is when You love someone 
Who makes your Imaan rise,
Who makes you more pious and
Who helps you in the Dunya
Because that person wants to meet you again IN JANNAH! ♥



Dear sister ♥
Stop searching for your charming prince… 
Make Allah the Only King of your heart, 
and He will complete your fairy tale in shaa Allah! 
your heart should be so lost in Allah, that your other half must seek Him in order to find you: through sincere Duaa and through his righteousness :)


p/s : jangan disangkakan aku menggatal . tak salah kalau kita berfikir utk masa depan . tapi jangan melebih sudah . Insya ALLAH <3

Sunday, April 22, 2012

Teruskan Berdoa Andai Benar Ingin Memilikinya


Memang tak dinafikan, umur lingkungan 20-an sangat memberi cabaran pada diri ini. Apetah lagi dalam menjaga hati. Melihat pasangan-pasangan di shopping mall kadang-kala mengetuk hati namun lebih nikmat bercinta selepas nikah. Tambahan lagi, lebih berkat dan mendapat rahmat daripada-Nya malahan lebih banyak pahala yang akan diperoleh. Walau diri ini sedar bahawa diri ini masih belum bersedia, namun takkan mampu diri ini menyembunyikan hasrat hati. Takkan mampu menipu diri sendiri.
“Mencintai tak semestinya memiliki”
Itulah kata-kata yang biasa kita dengar. Yang mana ia adalah sebagai peringatan agar kita sentiasa meletakkan pengharapan hanya kepada Allah bukan manusia atau kita hanya akan kecewa apabila meletakkan harapan kepada manusia.
Melihat pasangan muda yang sudah berkahwin apetah lagi yang sudah mempunyai anak di kala umur sebaya dengan saya menambah keinginan untuk mendirikan baitul muslim. Saya pasti ini juga berlaku pada muslimah-muslimah yang lain.
Ada antaranya sudah melangsungkan majlis pertunangan, bermujahadah menjaga hati agar tidak bermain dengan nafsu sehinggalah majlis nikah selesai. Ada juga yang sedang menanti-nanti siapakah gerangannya yang akan menerima dirinya. Ada juga yang sudah mempunyai pilihan hati, dan hanya berserah di hamparan sejadah menanti jawapan dalam istikharah cinta sebagai jawapan daripada Allah SWT.
Pada yang telah mempunyai pilihan hati, mungkin walau setelah menunaikan istikharah, si dia tidak menunjukkan respon yang diharapkan, jangan pernah berhenti berdoa kerana Allah itu Maha Mendengar. Dengarlah nasihat ini yang sebenarnya nasihat buat diri ini ,
Apabila dirimu meminati seseorang, bermohonlah kepada Allah SWT agar hatinya akan kamu miliki. Jika kamu sangat menginginkannya dengan sebenar-benar keinginan, maka bermohonlah dengan sebenar-benar pengharapan.
Jangan sesekali kamu merayu pada si dia, kerana bicaranya mungkin akan membuatkan kamu terluka. Apabila hati dipersenda, pasti sebuah kekecewaan akan menerpa .
Namun, jika dirimu memohon terus kepada Allah, Penciptanya, dua kemungkinan sedia menanti kamu, iaitu mungkin dirimu mendapatkan hatinya atau mungkin kamu akan mendapat seseorang yang lebih baik darinya… (Aidil Sahipaludin)
p/s : aku just coffee and pasta je . Sharing is caring , right ? Don't think I'm flirty. Sikit-2 tu ade la . Tapi sikit je taw . Get to know me better :)

Wednesday, April 11, 2012

Mission Accomplished :(

Atira !!! Can you please be more patient? Memang terkejut giler ahh.. Bukan main happy dia ni "Mission Accomplished" . Tuihh . Gemuruh ade, berdebar pun ade. Jantung nak luruh ke tanah pun ada . Na'am , ana tahu ana minat sama hua , tapi apasal anti cepat sangat bagitau dia. Nanti ana jugak yg tanggung dosa ana.

Tidakkah anti sedia maklum bahawa kalau kita membuatkan seorang lelaki teringatkan kita, itu berdosa namanya. Alahai , nk delete mesej tu pun x bley. Yang berlalu biarkan berlalu :( Ana harap hua tak teringatkan anti. Bukan perasaan la ~ Maybe dia akan wondering who is the girl or something like that la. Ana pun x tahu whether ana gembira, marah, atau terkejut . Whatever about , my trademark , I DON'T CARE.

p/s : WOW ! Post ni ada bahasa arab sikit-2. Aku pun x tau apasal boleh keluar ana-2 tu . HAHA

Tuesday, April 10, 2012

Atira's Ludicrous Night-Dream

    Assalamua'laikum bloggers. Hushh ... Akan aku gunakan informal malay untuk post ni. Ye la , post sebelum ni kan kinda jiwang sikit. So, I need to use formal malay. Apa-2 pun, back the story that kinda looks related to the tittle.



Pagi tadi, Tira shared a story about her dream last night. Masa nak cerita tu, dia gelak-2. aku pun macam dah boleh agak-2 la sape yang ade dalam mimpi dia tu. Mimpinya berbunyi :
Tira and Farah ada kat 2k3. Pastu , tetiba ada dhobit yang tengking dia sebab Tira pakai tudung singkat (in real life pun lebih kurang je). And then , dhobit tu marah sebab Tira masukkan tangan dia kt dalam tudung. Sounds weird, right? Al-maklumlah , mimpi tu kan .

Pastu , dipendekkan cerita , Tira jumpa aku and the others kt 2k1. Tira cakap aku intai seorang lelaki ni kat tepi tingkap. Lelaki tu tgh petik gitar. And then , Tira cakap dalam mimpi tu , aku puji-2 lelaki tu. Aku cakap suara dia best and so on la ~ Apa yang membuatkan aku ketawa dan terkejut, that guy was KP. KP tu lelaki at my previous post. Macam pelik gitu. Tak pasal-2 KP masuk jugak dalam mimpi Tira. BWAHAHA (burst into laughter) . Yang paling aku rasakn lucu , dhobit yang tegur Tira tu , KP. Aihh , pelik bin ajaib betol.

p/s : Aikk, Tira yang no feeling kat KP tu pun boleh mimpikan KP. Tak dengki pun, okay. Mimpi tu kan permainan tidur je (^_^)

Friday, April 06, 2012

Love at the First Sight (26 January 2012)


    Pertama kali kau menjejakkan kakimu di bumi MMP , hatiku terpaut melihat kelibatmu. Dikau duduk dengan penuh tatasusila. Setelah selesai saudari pengerusi majlis menyampaikan kata-2 aluan , maka tibalah giliranmu mengalunkan qasidah dalam bahasa syurga. Dikau berdiri dengan segaknya di atas pentas disebalik mimbar, di hapan pelajar-2 bertudung labuh, pelajar-2 MMP.

    Subhanallah. Sekali lagi hatiku terpaut dek kerana suaramu yang begitu indah. Berkali-2 ku katakan betapa indahnya alunan qasidah yang dibaca olehmu kepada sahabatku, Najihah & Atira. Itu cuma bermaksud aku tertarik kepadamu. Tamat sudah qasidah yang dikau baca. Mata keranjangku terus memandang ke arahmu tanpa henti. Sahabat tidak perasan sama sekali. Engkau begitu menjaga pandangan matamu. Hanya sekali dua sahaja dikau mengangkat kepala dek kerana jenuh melihat lantai kosong yang berhabuk.

    Entah apa yang dikatakan oleh ustaz, semua pelajar tergelak. Dikau turut tergelak sama. Engkau ketawa dengan menutupi mulutmu dengan kain serban yang diletekkan di atas bahumu. Aku terkilan hatta sedikit kagum. Apa tidaknya, sedangkan aku yang perempuan in pun kadang-2 sahaja menutup mulutku apabila ketawa. Tingkah laku itu masih ku ingati sehingga sekarang. Sesi ceramah kemudiannya berjalan seperti biasa.

    Kedengaran perkataan 'Maahad Muhammadi Lelaki' terpacul keluar daripada mulut ustaz. Semua pelajar perempuan bersorak. Namun, aku cuma mengerutkan dahiku menandakan aku tidak faham dengan apa yang disorakkan. Mataku terpandang ke arahmu. Dikau tersenyum. Hatiku turut berbunga riang (HAHA). Mataku terus memandang ke arahmu sehingga tamatnya majlis. Keruh hatiku melihat dikau berjalan menuruni anak tangga. Itu cuma bermaksud keberangkatanmu untuk pulang. Aku redha.

    Sebelum aku mengakhiri nukilan aku yang tidak seberapa ini, ingin aku nyatakan pakaian apakah yang dipakainya pada malam itu. Berkopiah putih, berjubah putih dan kain serban diletakkan di bahu. Itulah pakaiannya. Sejak daripada pertemuan jarak jauh pada malam itu, hatiku tergugat melihat hamba Allah yang lain mengenakan jubah putih. Bukan apa, mindaku direct teringatkanmu.

    Apakan daya. Aku cuma hamba Allah yang kerdil, lemah dan hina dihadapan-Nya. Kita sebagai makhluk ciptaan-Nya hanya mampu merancang. Sekuat mana pun kita tahan perasaan kepada lelaki lain. Setia mana pun kita menunggu. Itu tidak bermaksud dia pemilik tulang rusuk kita. Namun, Dia yang Maha Agung lagi Bijaksana yang menentukan segala-galanya. Apa-2 pun, semoga engkau sentiasa berada di bawah payungan rahmat Ilahi. AMEEN. Tabarakallah, ya akhi.

    Insya-Allah aku akan nukilkan bahagian kedua tentang teruna idamanku ini walaupun aku tahu bahawa aku cuma bertepuk sebelah tangan. Nampak sahaja panjang coretanku ini di alam maya. Namun, situasinya di alam realiti amatlah singkat masanya. Mungkin nukilanku ini kelihatan seperti menggatal. Namun, insya-Allah aku sukakan dia atas jalan dakwah. Yalah, dia budak baik. Sehingga bertemu kembali, ASSALAMUA'LAIKUM (^_^)

Sunday, April 01, 2012

Exactly the Blossom Day ever

Assalamua'laikum . I guess this post just a simple and short one :) Apakah yang dikatakan dgn blossom day ever. Korang nk tau kenapa ? HAHA , watch this !

HA ! Ape pulak tuh ? Pandai-2 la korang search ape yang saya nk sampaikan , and to my dear friends , please , be quiet , shut up sikit , I takut berita ni meledak , I BEG YOU ! Okay la, bye-2 jejakaku . HAHA , happynyerr aku ni .. :)

Sambutan Jubli Intan Maahad Muhammadi 2012

Assalamua'laikum , bloggers !! Well, a big thanks to Allah for giving me an opportunity to write this post .. Sambutan Jubli Intan not bad though sbb it's kinda looked grand at the end of the event .. Sy sertakan dgn gambar yang mungkin x kelihatan begitu menarik , tapi okay je :)

Haa, tu Nur Afifah anak perempuan kesayangan Dr. Harmy .. Time ni just both of us , kitorang pun snapped some pictures ..Wow , she owns DSLR ! Kinda jealous .. Tapi sayangnye saya x sempat nk tgk Tok Guru , ala.. ruginyerr .. Redha je , yg saya nk Tok Guru tahu , kitaorang sayang Tok Guru .. Back to the story , selepas sampainye Ainun, Ain and Shatul , kitaorang sepakat nk gi McDonald .. Nak isi perut la derr ..


Lepas makan , kitaorang pergi kt bawah khemah. Kononnye nk tungggu cabutan bertuah , aikk , nombor tak daftar. It's okay , tgk orang lain dapat habuan pun jadilah , skali lagi , we snapped some photos :)

Tunggu punyer tunggu , dah nak dekat pukul 5 . Sape entah yg suggest , whether saya atau fifah , stay kat rumah fifah jap  , and then malam tu, datang pulak .. Telefon punye telefon , akhirnya berjaya jugak saya pujuk ayah saya , same goes with Ain and Shatul . Ainun xde , dia jelajah Maahad dgn kawan dia lepas makan ..
Setibanya di rumah Afifah , we were flabbergasted by the beauty of her garden .. Damn ! So lepas solat asar and dinner (kitaorang dinner pukul 6.30) , kitaorang terus posing maut depan kamera kat taman yg cantik tu . Maka , ber'posing'lah tiga anak gadis yg nampak matured , tapi sebenarnya x matured langsung , hikhik. Azan  maghrib berkumandang , apa lagi , masuk rumah la . Semenatar tunggu azan Isyak , afifah nyanyi lagu Good Day bagai nak rak , memang giler-2 jugak la kitaorang time tu :) Afifah gelak terguling-2 cause dia sendiri pun berasa lucu dgn high pitch lagu good day yg dia buat . HAHA . Cehh , nak tiru IU konon , hehe ..


Malam tu kitaorang bertolak . Sadly , I can't join this . Saya pun nak dengar lagu UNIC live . My father called me to go back to home. Waaa~ nak nangis , hishk, hishk .. Dah la dgn Tok Guru pun x sempat, ni pulak dgn UNIC , apakan daya .. Alahai :(
Okay la , mungkin post ni kinda boring for you guys . But , I DON'T CARE . Lambat la fifah nk send gambar teruna idaman hatiku , okay the, Assalamua'laikum :)